NEH , THE DAY & DATE LOH!/ Thursday, October 11, 2007
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRISelamat Hari Raya kepada semua Muslim yang berada di dalam dunia ini :Dhowsun
HEH, HABIS ; KES TUTUP ; FULLSTOP.
12:56 PM HELLO ?! singapore time hor.
---
NEH , THE DAY & DATE LOH!/ Thursday, October 4, 2007
SOALAN 9 , SEMBILAN .
Bincangkan cara-cara untuk menggalakkan para pelajar memperoleh pencapain yang lebih baik dalam peperiksaan.
Setiap pelajar di Singapura ingin mencapai keputusan yang cemerlang dalam kadang akademik mereka. Mereka harus mempunyai cara yang kesan untuk membantu mereka supaya mereka dapat mencapai keputusan yang lebih baik. Terdapat beberapa cara-cara yang para pelajar boleh lakukan untuk mengabulkan tujuan mereka.Pertama, mereka harus lakukan adalah bahawa mereka harus awal bermula ulangkaji mereka untuk peperiksaan. Dengan cara ini , pelajar tidak payah mengulangkaji satu hari sebelum mereka menduduki peperiksaan mereka. Jika mereka mula mengulangkaji satu hari sebelum peperiksaan , mereka akan belajar hingga lewat malam dan tidak akan mempunyai rehat yang cukupi untuk menduduki peperiksaan pada keesokkan hari. Justeru , itu akan menjejaskan pencapaian mereka kerana tidak mempunyai minda yang tegas untuk berfikir semasa menduduki peperiksaan mereka.
Kedua, pelajar boleh mencari guru-guru mata pelajaran mereka untuk menjelaskan masalah yang mereka hadapi semasa mengulangkaji pelajaran mereka. Ini boleh membantu mereka lebih memahami konsep mereka supaya mereka dapat memberikan jawapan yang lebih bermutu semasa peperiksaan. Jika mereka tidak mendapat bantuan daripada guru , mereka tidak akan tahu di mana mereka telah melakukan kesalahan dan ada kemungkinan untuk melakukan kesilapan itu semasa dalam peperiksaan. Ini akan menjejaskan pencapain peperiksaan mereka.
Jadual waktu peribadi pula merupakan satu cara yang pelajar boleh menggunakan untuk mencapai keputusan yang lebih baik. Dengan mempunyai organisasi yang baik dan jadual waktu , pelajar tidak akan membazirkan waktu dalam aktiviti yang tidak berfaedah tetapi mereka akan menggunakkan masa untuk membuat ulangkaji untuk peperiksaan mereka. Pada masa yang sama , pelajar juga boleh melatih nilai disiplin mereka untuk mengikuti jadual waktu mereka.
Tambahan pula , buku rujukan juga boleh membantu pelajar dalam ulangkaji mereka. Buku rujukan memainkan peranan seperti satu panduan untuk pelajar semasa mereka menghadapi masalah. Pelajar juga boleh menggunakkan buku latihan yang mengandungi kertas peperiksaan tahun lepas sebagai satu latihan untuk menyediakan mereka untuk menduduki peperiksaan mereka.
Oleh yang demikian, para pelajar boleh berjaya dan mencapai keputusan yang lebih cemerlang dengan pelbagai cara yang telah disebut di atas. Jika para pelajar ingin berjaya , mereka harus tekun berusaha untuk mengulangkaji dan disiplin diri sendiri untuk rajin belajar.
howsun.
HEH, HABIS ; KES TUTUP ; FULLSTOP.
2:07 PM HELLO ?! singapore time hor.
---
DRAFTSOALAN 9 , SEMBILAN .
Bincangkan cara-cara untuk menggalakkan para pelajar memperoleh pencapain yang lebih baik dalam peperiksaan.
Di Singapura, terdapat banyak pelajar yang mendapati bahawa mata pelajaran mereka susah dan mempunyai cabaran. Tambuhan pula, mereka tidak mempunyai sikap yang tidak berputus asa . Oleh sebab itu , jika mereka telah mencapai keputusan yang sederhana , mereka akan berasa gembira dengan keputusan mereka dan tidak akan mahu membaiki gred mereka. Tetapi , mereka tidak sedar bahawa ada beberapa cara yang mereka boleh melalukan untuk mencapai keputusan yang lebih baik walaupun mata pelajaran itu susah.SALAH! KURANG BAIK !
Pendahuluan baru : Setiap pelajar di Singapura ingin mencapai keputusan yang cemerlang dalam kadang akademik mereka. Mereka harus mempunyai cara yang kesan untuk membantu mereka supaya mereka dapat mencapai keputusan yang lebih baik. Terdapat beberapa cara-cara yang para pelajar boleh lakukan untuk mengabulkan tujuan mereka.Pertama, Salah satu cara yang mereka harus lakukan adalah bahawa mereka harus awal bermula ulangkaji mereka untuk peperiksaan. Dengan cara ini , pelajar tidak payah mengulangkaji satu hari sebelum mereka menduduki peperiksaan mereka. Jika mereka mula mengulangkaji satu hari sebelum peperiksaan , mereka akan belajar hingga lewat malam dan tidak akan mempunyai rehat yang cukupi untuk menduduki peperiksaan pada keesokkan hari. Justeru , itu akan menjejaskan pencapaian mereka kerana tidak mempunyai minda yang tegas untuk berfikir semasa menduduki peperiksaan mereka.
Kedua, Selain daripada itu , pelajar boleh mencari guru-guru mata pelajaran mereka untuk menjelaskan masalah yang mereka hadapi semasa mengulangkaji pelajaran mereka. Ini boleh membantu mereka lebih memahami konsep mereka supaya mereka dapat memberikan jawapan yang lebih bermutu semasa peperiksaan. Jika mereka tidak mendapat bantuan daripada guru , mereka tidak akan tahu di mana mereka telah melakukan kesalahan dan ada kemungkinan untuk melakukan kesilapan itu semasa dalam peperiksaan. dan Ini akan menjejaskan pencapain peperiksaan mereka.
Jadual waktu peribadi pula merupakan satu cara yang pelajar boleh menggunakan untuk mencapai keputusan yang lebih baik. Dengan mempunyai organisasi yang baik dan jadual waktu , pelajar tidak akan membazirkan waktu dalam aktiviti yang tidak berfaedah tetapi mereka akan menggunakkan masa untuk membuat ulangkaji untuk peperiksaan mereka. Pelajar harus menyemakkan waktu ulangkaji mereka , seperti berapa lama harus seorang pelajar mengguna untuk mengulangkaji satu subjek. Dengan mempunyai organisasi yang baik dan jadual waktu , pelajar tidak akan membazirkan waktu dalam aktiviti yang tidak berfaedah tetapi melakukan ulangkaji untuk peperiksaan. Pada masa yang sama , pelajar juga boleh melatih nilai disiplin mereka untuk mengikuti jadual waktu mereka.
Tambahan pula , buku rujukan juga boleh membantu pelajar dalam ulangkaji mereka. Buku rujukan memainkan peranan seperti satu panduan untuk pelajar semasa mereka menghadapi masalah. Pelajar juga boleh menggunakkan buku latihan yang mengandungi kertas peperiksaan tahun lepas sebagai satu latihan untuk menyediakan mereka untuk menduduki peperiksaan mereka.
Oleh yang demikian, Akhirnya, para pelajar boleh berjaya dan mencapai keputusan yang lebih cemerlang dengan pelbagai cara yang telah disebut di atas. Jika para pelajar ingin berjaya , mereka harus tekun berusaha untuk mengulangkaji dan disiplin diri sendiri untuk rajin belajar.
howsun.
HEH, HABIS ; KES TUTUP ; FULLSTOP.
1:21 PM HELLO ?! singapore time hor.
---
NEH , THE DAY & DATE LOH!/ Monday, September 24, 2007
((:
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PRELIM
Saya ingin mengucapkan kepada pelajar yang telah mencapai keputusan yang mereka harapkan. Untuk pelajar yang tidak dapat keputusan yang baik , jangan berputus asa kerana apa yang lebih penting daripada peperiksaan ini masih belum habis dan akan datang. Oleh sebab itu , jangan berputus asa dan meletakkan usaha dalam pelajaran . Hanya tinggal beberapa hari sahaja sebelum peperiksaan O LEVEL tau !
PELAJAR TINGKATAN 1 - 3
Kamu harus mengulangkaji konsistent untuk mencapai keputusan yang baik . Di dunia , tidak ada pelajar yang berjaya dalam pelajaran hanya melakukan persediaan mereka satu hari sebelum peperiksaan atau apa yang dianggap sebagai " last-minute preparation ". Untuk sesiapa yang masih belum mula mengulangkaji , mula sekarang ! Tahniah kepada pelajar yang sudah bermula mengulangkaji !
Sekian , terima kasih .
[ 'post' ini mempunyai banyak kesalahan guna bahasa melayu ; harap maafkan ]
howsun
HEH, HABIS ; KES TUTUP ; FULLSTOP.
4:33 PM HELLO ?! singapore time hor.
---
NEH , THE DAY & DATE LOH!/ Friday, August 31, 2007
SELAMAT HARI KEBANGSAAN , MALAYSIA !
SELAMAT HARI GURU !
hari ini ialah hari guru and juga hari kebangsaan malaysia
Di sekolah , kami menyambut hari guru dengan dua aktiviti.
Salah satu merupakan persembahan yang dihasil oleh pelajar ShuQun.
Yang kedua merupakan pertandingan bola tampar antara guru dan murid
Pada pagi , pelajar dalam tingkatan 1 dan 2 dikehendaki untuk pergi ke dewan untuk menikmati konsert . Untuk pelajar dalam tingkatan 3 , 4 dan 5 , mereka harus pergi ke tempat yang dimana pertandingan itu diadakan.
Kami bertanding dengan guru dan akhirnya , kumpulan pelajar telah menang pertandingan itu .
Selepas pertandingan bola tampar , kami pun pergi untuk waktu rehat.
Persembahan konsert adalah aktiviti yang kedua untuk kita ( pelajar tingkatan 3 , 4 dan 5 ) Pelajar yang lain akan meneruskan sambutan dengan pertandingan bola tampar.
Konsert yang disembahkan memang adalah satu konsert yang saya gemar.
Penari-penari telah menghasilkan tarian yang menarik dan seronok .
Walaupun ada persembahan yang mengecewakan , tetapi konsert itu boleh dikatakan BAIK! :D
Dan juga , hari ini adalah hari kebangsaan Malaysia .
Saya ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada Malaysia !
Namun , saya ingin habiskan " post " saya dengan satu peringatan kepada semua pelajar terutamanya , kepada pelajar 4E5N . Tekun dan rajin mengulangkaji untuk peperiksaan "prelim" yang akan datang dalam masa seminggu.
Sekian , terima kasih.
howsun.
HEH, HABIS ; KES TUTUP ; FULLSTOP.
8:30 PM HELLO ?! singapore time hor.
---
NEH , THE DAY & DATE LOH!/ Thursday, August 30, 2007
SAMBUNGAN
PENGENALAN II
Saya akan menyambung "post" saya sekarang.
Saya belum habis pengenalan saya kan ? Okay , saya akan habiskan pengenalan saya.
Saya disini ingin memberitahu kepada semua tentang kegemaran saya.
Mata pelajaran yang saya minati ialah Additional Mathematics. Ia merupakan salah satu subjek yang mempunyai cabaran yang tinggi dan pelajar harus memikir dengan baik-baik sebelum menjawab soalannya. Untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran ini , kamu harus mempunyai minat dalam subjek ini. Sama dengan mata pelajaran yang lain , minat merupakan satu faktor yang akan mendorong pelajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
Sebenarnya , saya tidak ada apa-apa hal lagi untuk berkongsi dengan sekalian , tetapi saya ingin menggalakkan semua pelajar untuk mengulangkaji dengan sungguh-sungguh dan menyediakan diri untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun yang akan datang. Bagi pelajar 4E5N , tekun mengulangkaji , membuat persiapan untuk menduduki satu peperiksaan yang agak penting , iaitu , peperiksaan "preliminary" yang akan datang.
Akhirnya , belajar dengan bersungguh-sungguh . Jangan menghampakan ibubapa anda ! Untuk pengetahuan anda , esok merupakan sambutan untuk Hari Guru . Di sini , saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru di dunia ini :D Sekian , terima kasih.
howsun
HEH, HABIS ; KES TUTUP ; FULLSTOP.
11:21 PM HELLO ?! singapore time hor.
---
SALAM SEJAHTERA
kepada rakan-rakan dan cikgu ismail.
Nama saya HowSun . Saya seorang pelajar dari kelas 4B pada tahun 2007.
Di sini , saya akan memperkenalkan diri kepada sekalian yang sedang membaca lembaran ini.
Saya , sebagai seorang murid yang berkaum cina , ingin memberitahu kepada semua orang bahawa saya seorang yang memang suka Bahasa Melayu. Walaupun saya seorang cina , saya tidak belajar Bahasa Cina sebagai "Mother Tongue" , tetapi Bahasa Melayu. Di Malaysia , mata pelajaran ini dianggap sebagai Bahasa Malaysia dan bukan Bahasa Melayu! Kamu mesti fikir , " MANA ADA PERBEZAAN !? " tetapi kedua-dua bahasa yang dikatakan memang ada perbezaannya.
Pertama , Bahasa Malaysia mempunyai pola ayat yang berbeza berbanding dengan Bahasa Melayu. Perbezaan ini telah mengemukakan beberapa masalah untuk saya semasa pendidikan di Singapura selama empat tahun ini. Masalah yang paling ketara ialah salah pengunaan bahasa saya. Tambahan pula , semasa saya menduduki peperiksaan lisan , saya harus mengubahkan sebutan Bahasa Malaysia kepada apa yang dianggapkan betul di Singapura. Inilah beberapa masalah yang saya harus mengatasi .
Tahun ini merupakan tahun yang terakhir di sekolah saya. Selepas peperiksaan O LEVEL , saya ingin meneruskan pendidikan saya di maktab rendah Saint Andrews yang berada di Potong Pasir . JAUHNYA !!!! )): tetapi , untuk kebaikan saya ,saya rasa jarak tidak merupakan satu faktor yang menghalang saya mencapaikan kemahuan saya.
Saya akan meneruskan pengenalan saya pada hari yang lain . Sekian , terima kasih kepada sekalian yang mengunjungi lembaran saya .
howsun
HEH, HABIS ; KES TUTUP ; FULLSTOP.
9:23 AM HELLO ?! singapore time hor.
---